Friday, September 5, 2008

SUTERA MAYA LEBIH KONFLIK

SUTERA MAYA LEBIH KONFLIK

Jika sebelum ini peminat-peminat slot akasia, dihidangkan dengan drama yang meruntun jiwa. Kini, setelah Manjalara, Spa Q, Bella dan Ezora, slot drama terbaru Sutera Maya bakal membuat penonton bakal terpaku di ruang tamu masing-masing.

Drama 60 episod ini dibintangi empat pelakon jelita iaitu Fasha Sandha sebagai Maya Medina, Intan Ladyana sebagai Maya Karina, Ayu Raudhah sebagai Maya Zulaikha dan Faezah sebagai Maya Sofea. Drama ini juga turut membariskan pelakon-pelakon hebat yang tidak perlu diperkenalkan lagi dan cukup berkarisma di dalam dunia lakonan. Antaranya, Mustapha Kamal, Erry Putra, Fouziah Gous, Irfa, Rebecca Nur Islam, Maria Farida dan Liza Abdullah.

Setiap manusia, tidak boleh lari dari konflik keluarga terutamanya dalam hubungan adik beradik. Kemelut kekeluargaan merupakan lumrah hidup dalam sesebuah institusi keluarga. Namun, dengan lahirnya keutuhan kasih saying yang teguh, segala permasalahn dapat diatasi.

Dari konsep ini, Sutera Maya akan tampil dengan paparan konflik keluarga dan hubungan adik beradik arahan pengarah muda, gabungan kerjasama di antara Jet Lee dan Hadzrin. Drama Sutera Maya ini juga mendapat sedikit garapan dan sentuhan pengarah berkaliber, Khabir Bahtia.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Sherina Nordin berkata, “Sebenarnya kami mencari kelainan untuk mengisi slot Akasia ini. Corak tontonan kini berubah dari masa ke semasa. Justeru, bagi menepati citarasa penonton, usaha kami untuk memepelbagaikan kandungan perlu dipertingkatkan.”

“Siri Sutera Maya ini member nafas baru mengenai sifat kekeluargaan. Siri ini juga mengandungi unsure-unsur teladan yang amat sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Selain itu jalan cerita drama ini cukup menarik, mudah dan moden. Selain itu, kami sentiasa membuka ruang kepada pengarah-pengarah tempatan untuk menonjolkan bakat yang ada,” ulasnya.

“Selain dari itu, siri Sutera Maya ini juga tampil berbeza kerana jalan ceritanya tidak tertumpu hanya kepada dunia korporat seperti drama siri lain yang dipaparkan sebelum ini, tetapi hanya melibatkan perniagaan berkaitan alam semulajadi iaitu Desa Botani,” tambah Sherina lagi.

Sutera Maya berkisar mengenai hubungan empat adik beradik perempuan berkongsi bapa yang sama tetapi berlainan ibu. Kisah bermula apabila salah seorang dari mereka, Maya Medina (Fasha Sandha) mendapat tahu bahawa dia sebenarnya mempunyai tiga orang lagi adik perempuan.

Dari situlah bermula usaha menjejaki saudara perempuan yang lain serta strategi untuk bertemu dengan ayah kandung mereka, seorang ahli perniagaan terkemuka. Setiap penemuan membongkar misteri silam sehingga perjalanan hidup akhirnya menjadi usaha memecahkan kebuntuan terhadap jati diri, nilai kasih saying, kekeluargaan, cinta dan pengkhianatan.

Jadi, kepada pengemar-pengemar slot Akasia, pastikan temujanji anda dengan drama siri terbaru, Sutera Maya, mulai 1 September, dari Isnin hingga Khamis pada jam 6.30 petang. Hanya di TV3.

6 comments:

pokcu said...

huhu,, letak le lebih byk pic,,

JustAgurlzNotAprincess said...

uiks..kalo x salah i dgr kt tv..fauziah gous tdek blog..

nora said...

boleh tak minta resepi fouziah masa dlm rancangan ketuk2 ramadhan baru2 ini? Pls, pls, pls dr peminat setia fouziah gous.

NieRadiNa said...

salam..

blog ni bkn fouziah gous yg tulis ker..kurang bestla..

cba tgok blog paknil dia sndri yg tulis bru best..

kenangan terindah said...

salam fauziah,
Kawan lama dari Sekolah Menengah Perempuan Jalan Ipoh, KL. Masih ingat Azanis. Tak tau laa kalau awak dah terkenal lupa plak kawan lama. Semoga awak sentiasa berjaya. Nak sangat berjumpa ngan awak.

alfredoguano said...

salam kak fou dan kwn2 smua,sy ingin berkongsi peluang biznes TELEKOM MALAYSIA bersama kak fou dan kwn2 semua.sila la layari http://b46.kltp.net syukur alhamdulillah dgn biznes ni ofic sy d rumah&tiap2 minggu sy ada income