Sunday, March 16, 2008

Siapa Fouziah Ghous?

Siapa Fouziah Ghous?
Di saat penulis menghampiri wanita langsing kecil molek yang bernama Fouziah Ghous ini terdetik di hati ini bahawa aura yang ada pada pelakon ini bukan calang-calang. Sinaran dari mata dan wajah bujur sirihnya yang sedap mata memandang boleh menawan sesiapa sahaja yang melihat.

Rupanya sebelum ini Fouziah bekerja sebagai pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) selama lima tahun dan kini sedang bergiat aktif dalam karier sebagai pelakon dan model. Dengan pakej lengkap, wajah yang cantik, disiplin diri yang ketat dan bakat yang ada dalam dirinya, Fouziah kini yakin dengan pilihan hatinya.

Bercerita tentang lakonan pertamanya, Fouziah ketawa kecil kerana pada masa itu, beliau berusia 19 tahun ketika ditawarkan berlakon dalam telemovie Demi. Dengan situasi yang masih baru baginya yang masih mentah dalam dunia lakonan, dan tidak mendapat bimbingan tunjuk ajar daripada sesiapa, beliau merasakan dirinya tidak cukup bagus untuk menjadi seorang pelakon. Fouziah nekad tidak mahu berlakon dan sudah serik untuk berdepan dengan kamera. Lalu, beliau pun mencuba nasib sebagai pramugari.

Biarpun bertugas sebagai pramugari tatkala itu, Fouziah masih lagi menerima tawaran untuk menjadi model komersial dan pentas. Tanpa disangka tatkala menjayakan sebuah pertunjukan pentas, Profesor Madya A. Razak Mohaideen hadir dan menawarkannya peluang berlakon semula. Maka, karier lakonannya yang berkubur lima tahun lalu, diasahnya kembali.

1 comment:

suraya said...

Salam, Fouziah!
Kalau nak khidmat lukisan inai 3D yg terkni (lain dari yg lain) & merah menyala utk pertunangan, pernikahan, persandingan & pelbagai majlis sudi-sudilah ambil dgn Akak k. Harga yg murah dari henna artist yg lain. Kalau nak tengok hasil kerja Akak sila layari laman web Akak di : http://www.damiahenna.com or call me at 013 9404469 / 019 998 9955 Kak Suraya. Kalau ade kawan2 nak buat henna bolehlah link kat Akak k. Bye.