Thursday, March 13, 2008

Fouziah Mahu Menang ABP

Mahu Menang di Anugerah Bintang Popular
Menanti dengan penuh debaran, apakah nasib Fouziah Ghous pertama kali dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 ini akan memberi impak dan tuah dalam kariernya sebagai pelakon. Wanita manis berambut panjang ini nyata teruja apabila dicalonkan dan bakal bersaing bersama dengan Julia Ziegler, Mila, Heliza dan Farah Asyikin. Malah pelakon berusia 25 tahun ini masih tidak percaya namanya turut terpilih ke peringkat top 5.

Fouziah Ghous dan semua selebriti akan turut bersama naik ke puncak Genting untuk menghadiri acara para berprestij itu di Arena of Stars yang berlangsung pada 30 Mac 2008.

No comments: