Friday, March 14, 2008

Fouziah Gous Menang di Anugerah Skrin

Menang di Anugerah Skrin
Pada Anugerah Skrin 2007 yang lalu, Fouziah menerima undian SMS tertinggi untuk menggenggam hadiah Anugerah Shine Pantene. Kejayaan itu bakal membawanya ke Amerika Syarikat (AS) untuk melawat sambil belajar tentang dunia perfileman di sana selama seminggu.

Di saat penulis menulis artikel ini, Fouziah Ghous sedang berada di Amerika Syarikat mengikuti rombongan bersama pemenang Anugerah Skrin 2007 yang lain. Fouziah bertuah dan berbangga kerana dapat sama-sama pememang yang lain melancong sambil belajar cara pembikinan filem di Hollywood.

Khabarnya, oleh kerana Los Angeles dan Las Vegas juga, pelakon yang mengkagumi lakonan Farid Kamil ini terpaksa menolak tawaran berlakon filem komedi seram bersama Amy Mastura. Penggambaran filem itu bercanggah dengan jadual lawatan pemenang ASK ke sana. Memang Fouziah rasa cukup terkilan dan rugi kerana peluang muncul di filem bukannya selalu datang, tetapi setelah berbincang dengan mereka yang lebih berpengalaman serta mengenangkan tanggungjawab Fouziah kepada peminat yang membuat undian pada ASK lalu, maka beliau memilih untuk menyertai rombongan anjuran Media Prima itu.

Sejak menang di Anugerah Skrin, rezeki Fouziah Ghous semakin murah. Tidak disangkal lagi, anugerah itu telah menaikkan namanya dikenali dan membuka ramai pihak termasuklah penerbit drama dan filem.

Buat peminat Fouziah Ghous, teruskan menyokong pelakon yang sedang meningkat naik ini kerana pada tahun ini, banyak lagi filem dan drama beliau akan keluar menemui peminat. Antaranya filem Malaikat Maut, Skrip 7707 dan Rasukan Ablasa.

No comments: